Nadi X Cybersecurity: Webinar Ancaman Kamera Tersembunyi: Apa Yang Ada Perlu Tahu?
4 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 03 Disember 2025 bersamaan hari Rabu, Webinar Ancaman Kamera Tersembunyi telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya kamera tersembunyi, bagaimana ia berfungsi serta risiko penyalahgunaan teknologi ini yang boleh mengancam privasi dan keselamatan individu.
Aktiviti Utama:
1. Penerangan tentang maksud dan fungsi kamera tersembunyi
2. Penjelasan bagaimana teknologi kamera tersembunyi beroperasi dan mengapa ia sukar dikesan
3. Pendedahan kepada tujuan penyalahgunaan kamera tersembunyi
4. Jenis-jenis kamera tersembunyi yang biasa digunakan
5. Contoh kaedah penyamaran kamera tersembunyi dalam objek harian
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami ancaman kamera tersembunyi dengan lebih jelas, meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan privasi diri serta menjadi lebih berhati-hati terhadap persekitaran sekeliling dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: